Pindah wang ke Kanada, Mukhriz minta Sanusi buat kenyataan rasmi

Pindah wang ke Kanada, Mukhriz minta Sanusi buat kenyataan rasmi

Dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa wujud rekod pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank luar negara adalah amat berat.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Mukhriz Mahathir, menyifatkan itu kali pertama beliau mendengar dakwaan sedemikian.

Mukhriz berkata, kenyataan dikeluarkan Sanusi dianggap dakwaan sangat serius.

“Kita berharap boleh dapat kenyataan rasmi. Tidak perlulah melontar dakyah atau tohmahan begitu saja, seolah-olah langgar lari. Ini kali pertama saya dengar perkara itu apabila wartawan membangkitkan soalan berkaitan perkara itu.

“Saya juga tidak tahu tentang satu isu lagi yang turut dibangkitkan dan menanti kenyataan rasmi berhubung kedua-dua dakwaan tersebut sebelum membuat kenyataan lanjut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Petang semalam , Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada.

Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata, transaksi itu berlaku ketika Mukhriz menerajui kerajaan negeri sebelum ini. FMT

Pindah wang ke Kanada, Mukhriz minta Sanusi buat kenyataan rasmi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker