Mayat bayi ditemui dalam tong kitar semula

Mayat bayi ditemui dalam tong kitar semula

KAJANG – Bau busuk tong kitar semula terjawab apabila seorang pekerja syarikat kitar semula menemui mayat bayi yang dibunkus kain dalam beg plastik pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bayi tersebut disyaki telah meninggal dunia kurang daripada 36 jam.

“Jam lebih kurang 4.41 petang tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terima makluman dari saksi awam yang melaporkan telah terjumpa mayat bayi yang dibungkus di dalam plastik dan dibuang di dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi.

“Hasil siasatan awal mendapati saksi yang menjumpai mayat tersebut adalah pekerja syarikat kitar semula yang datang untuk mengumpul barangan kitar semula dan menjumpai sebungkus plastik yang mencurigakan dan mengeluarkan bau busuk.

“Saksi kemudian telah membuka plastik tersebut dan terjumpa mayat bayi di dalam plastik tersebut dengan dibalut kain sebelum segera melaporkannya kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat bayi itu dianggarkan seberat 2 hingga 3 kilogram dan jantina serta bangsa bayi tidak dapat dipastikan kerana masih berbungkus plastik dan kain yang tebal.

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” ujarnya.

Menurut Mohd Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua duanya.

Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh di talian 017-4333795. MG

Mayat bayi ditemui dalam tong kitar semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker