Tujuh remaja terperangkap di Sungai Kedondong diselamatkan bomba

Sebaran :

Tujuh remaja terperangkap di Sungai Kedondong diselamatkan bomba

Tujuh orang remaja yang terperangkap di Sungai Kedondong, Batang Kali akibat arus deras diselamat pasukan bomba dan penyelamat malam tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan penyelamat, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.27 malam.

“Laporan awal mengatakan sembilan orang lelaki remaja yang mana dua masing-masing 16 dan 18 tahun dan tujuh lagi berusia 20 tahun terlibat dalam aktiviti merentas sungai dan hiking di kawasan tersebut.

“Namun dua orang sahaja dikatakan berjaya melepasi sungai kerana terjadi fenomena kepala air secara tiba-tiba.

“Ia telah mengakibatkan tujuh orang remaja lagi terperangkap di tengah sungai itu dan tidak dapat menyeberangi sungai air deras itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamil, arus deras disusuli kepala air menyukarkan -remaja remaja untuk menyeberangi sungai hingga ketibaan pasukan bomba yang membawa mereka ke seberang sungai itu. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tujuh remaja terperangkap di Sungai Kedondong diselamatkan bomba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply