Nelayan tangkap buaya seberat 500kg



Sebaran :

Nelayan tangkap buaya seberat 500kg

BUTTERWORTH – Penduduk di sekitar kawasan Bagan Ajam di sini gempar dengan kehadiran seekor buaya di kawasan jeti nelayan di sini, petang Jumaat.

Bagaimanapun pada jam 6.44 petang, beberapa orang nelayan menaiki bot ke lokasi berkenaan dan menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan pukat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sejurus menerima laporan penemuan haiwan itu sepasukan polis ke lokasi berkenaan.



Menurutnya, ketika anggotanya tiba, seekor buaya dibawa naik ke pantai berhampiran kedai makan di Kampung Contoh.

“Buaya dibawa naik itu sepanjang hampir empat meter dengan berat kira-kira 500 kilogram.

“Dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat, kami memindahkan buaya tersebut ke pejabat APM Daerah SPU sementara menunggu kehadiran Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Noorzainy berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penangkapan buaya tersebut. Sinar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Nelayan tangkap buaya seberat 500kg


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :


Leave a Reply