Tanah runtuh Hulu Langat: 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan

Tanah runtuh Hulu Langat: 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan

Sebanyak 28 keluarga di Kemensah Height, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu akibat hujan lebat pada petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.33 malam semalam.

“Rentetan panggilan itu, sepasukan anggota bomba bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan segera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian belakang 19 rumah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya mengarahkan 28 keluarga berkenaan supaya keluar dari kediaman masing-masing ke pusat pemindahan sementara bagi mengelak sebarang kemungkinan serta kejadian susulan selepas ini.

“Difahamkan kejadian runtuh berkenaan berlaku berikutan hujan lebat dan keadaan tanah lembut sebelum runtuhan berlaku tiba-tiba pada petang tadi.

“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kejadian tanah runtuh itu,” katanya. MG

Tanah runtuh Hulu Langat: 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker