Tarian Zapin Ceriakan Suasana PPV Sempena Sambutan Hari Malaysia [VIDEO]

Tarian Zapin Ceriakan Suasana PPV Sempena Sambutan Hari Malaysia

JOHOR BAHRU: Walaupun masih berada dalam pandemik COVID-19, Hari Malaysia tetap disambut dan diraikan masyarakat.

Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Midvalley, Johor Bahru, tarian zapin oleh 20 petugas sukarelawan MyVac sebelum memulakan tugasan ternyata menceriakan suasana pada pagi Hari Malaysia.

Bukan itu sahaja, hari istimewa ini meriah apabila lebih 70 petugas di PPV itu mengenakan pakaian tradisional.

Malah pemasangan lagu patriotik serta kehadiran ‘buskers’ atau penghibur jalanan turut menceriakan penerima vaksin.

Penyelaras PPV Mega Midvalley, Mahdhir Malham berkata, sambutan Hari Malaysia lebih bermakna walaupun berada dalam suasana berbeza.

“Tahun ini merupakan tahun kedua Hari Malaysia disambut dalam situasi pandemik COVID-19.

“Bagi menyemarakan rasa cinta pada negara, kita rancakkan sambutan Hari Malaysia dengan melakukan persembahan untuk penerima vaksin,” katanya.

Bagi petugas sukarelawan MyVac, Cynthia Fong, suasana ceria Hari Malaysia ini menggambarkan semangat pelbagai kaum.

Dan dia berharap perpaduan serta keharmonian yang sedia ada dapat dikekalkan serta ditambah baik pada masa akan datang.

“Saya bersyukur dan rasa bangga sangat sebagai seorang warga Malaysia dan dapat mengambil bahagian dalam sambutan Hari Malaysia hari ini,” katanya.

Bagi sukarelawan MyVac S. Eswaran pula, walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama, kepelbagaian itu diraikan dan dikongsi bersama.

“Kita sebagai sukarelawan MyVac bertugas di sini bagi membantu rakyat menerima vaksin.

“Hari ini kita buat persembahan tarian zapin dan saya sebagai seorang India memakai Baju Melayu. Tak kira apa kaum kita hidup bersama dan berkongsi kebudayaan setiap kaum,” katanya.

Sejak dibuka pada Julai tahun lalu, PPV ini telah memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 225,000 penerima vaksin, termasuk 1,500 individu pada hari ini.-HM

Tarian Zapin Ceriakan Suasana PPV Sempena Sambutan Hari Malaysia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Let’s vote for parties in GE, not individuals, says Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker