Ini bukan MoU 10 bulan – Loke

Ini bukan MoU 10 bulan – Loke

Tarikh 31 Julai 2022 yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini tidak patut dianggap tarikh akhir, kata Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, kerana kerajaan boleh mengambil lebih banyak masa untuk melaksanakan reformasi yang dipersetujui itu, jika perlu.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ia sekadar perjanjian dengan kerajaan yang tidak akan membubarkan Parlimen sebelum tarikh itu, tetapi ia tidak bermakna semua reformasi perlu diluluskan sebelum itu.



“Ini bukan MoU 10 bulan, ia boleh menjadi lebih lama,” jelasnya dalam webinar bertajuk “MoU – Laluan Menuju Transformasi dan Stabiliti ?” hari ini.

“Tiada apa yang menghalang (kerajaan) daripada mengheretnya sehingga akhir penggal mereka dan kami okay dengannya, kami tiada masalah.

“Jika mereka kata mahu lebih banyak masa dan hanya mahu membubarkan Parlimen apabila penggal mereka berakhir, kami tiada masalah dengannya, kita tidak mengambil kuasa pembubaran (Parlimen) daripada perdana menteri.”

Bagaimanapun katanya, “dengan lebih 190 Ahli Parlimen antara parti dalam MoU itu”, beliau yakin reformasi Parlimen, termasuk yang memerlukan pindaan Perlembagaan, boleh diluluskan dengan cekap.



“Saya rasa (sama ada kita mempunyai masa) terpulang sama ada kita mahu melakukannya atau tidak. Lihatlah MoU ini, kita bercakap mengenainya selama setahun dan tiada apa yang berlaku, tetapi sebaik saja kita bertindak, kita mampu selesaikannya dalam tiga minggu, jadi semuanya bergantung kepada kehendak.

“Kita akan beri kerjasama kepada Menteri Undang-undang, Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) dan beliau bersungguh-sungguh mengenai reformasi ini, jadi saya yakin ia boleh dilakukan.”

Menjawab soalan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengenai sebab MoU itu tidak lebih komprehensif, Loke berkata, seperti mana-mana rundingan, kompromi diperlukan untuk menyelesaikan perjanjian.

“Jika kita tidak dapat 100% daripada apa yang kami minta, adakah kita membatalkan perjanjian itu? Pendekatan kami ialah selagi perkara minimum dipersetujui, maka kami tidak membatalkan perjanjian itu, kami akan teruskannya.”



Beliau menyifatkan MoU itu “dinamik” dan tidak menolak pelaksanaan reformasi yang tidak disenaraikan secara jelas dalam perjanjian itu.

“Kami tidak pernah cuba ini (MoU) dahulu. Saya fikir ini adalah permulaan baik, mempunyai forum dan platform untuk mencuba serta melihat sejauh mana kita boleh melangkah.

“Jika kami dapat melangkah lebih jauh daripada MoU ini, saya yakin ini adalah dokumen dinamik dan lebih banyak reformasi boleh dilaksanakan dalam proses itu.” FMT



Ini bukan MoU 10 bulan – Loke


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker