Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta

Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta

LONDON – Seorang lelaki mengaku cuba untuk membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah £5.5 juta (RM31.6 juta), lapor akhbar Mail Online semalam.

Stephen Gibbs, 45, pada mulanya menafikan dia cuba membunuh isterinya, Emma Brown, 49, namun mengubah pengakuan pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Diraja Cardiff kelmarin.

Pasangan itu tinggal bersama selama 11 tahun dan menikmati percutian di Sepanyol dan Portugal sebelum Gibbs tiba-tiba menyerang Brown di kediaman mereka di Barry,  Wales Selatan pada malam 30 Januari lalu.

Akibat serangan itu, Brown mengalami kecederaan pada bahagian wajah, lengan dan perutnya selain terpaksa menjalani pembedahan plastik di Hospital Universiti Wales.

Pasangan tersebut berkahwin selepas Gibbs dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana menyerang bekas teman wanitanya dengan menggunakan pisau.

Apabila wanita itu memutuskan hubungan dengan Gibbs, dia menikam anak lelaki mangsa  yang berusia 11 tahun sebanyak lima kali.

Dia juga pernah cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kenderaan bertingkat namun terselamat.

Hakim Richard Twomlow memberi amaran kepada Gibbs bahawa dia berdepan hukuman penjara yang panjang akibat serangan terbaharunya itu. – Agensi

Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahu bercuti atau pilih balik kampung?

Penularan Covid-19 bukan tiket sebar ajaran sesat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker