Penyamun acu pisau, pembantu kedai rugi RM500

 

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan Nurup Farisha sedang disamun seorang lelaki di sebuah kedai komestik di Jalan Pak Sabah, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pembantu kedai kosmetik cemas didatangi seorang penjenayah bersenjatakan pisau untuk menyamun di premis kedainya di Jalan Pak Sabah di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, Nurul Farisha Muhamad, 26, kerugian wang tunai RM500 hasil perniagaan yang dilarikan suspek.

Katanya, sewaktu kejadian, dia yang menguruskan kedai bersendirian menyangkakan lelaki terbabit merupakan pelanggan.



“Secara tiba–tiba dia meluru dan mengacukan sebilah pisau kepada saya yang sedang duduk di kaunter pembayaran.

“Dia meminta saya menyerahkan wang dan kerana bimbang dicederakan, saya menyerahkan wang tunai RM500 kepadanya,” katanya di sini hari ini.

Nurul Farisha berkata, lelaki itu kemudiannya melarikan diri sebelum melaporkan kes samun itu di Balai Polis Dungun di sini tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian.



Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan semakan dan pengecaman menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Siasatan awal percaya melakukan jenayah samun terbabit bersendirian,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker