DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan

DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan

Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon meminta masyarakat Cina tidak menumpukan 95 peratus undi kepada DAP dengan anggapan bahawa telah memilih sekaki payung yang mampu menyediakan perlindungan.

Beliau berkata, apa yang difikirkan sebagai payung keselamatan itu sebenarnya merupakan payung yang tidak boleh dibuka semasa kecemasan.



Katanya, walaupun MCA tidak pernah menerima 90 peratus sokongan kaum Cina seperti yang dinikmati DAP, tetapi MCA tetap berusaha untuk berkhidmat.

Ujarnya, sebagai organisasi yang besar, MCA tidak sempurna, tetapi DAP juga bukan parti yang tanpa cacat celanya.

“Saya mesti bercakap tentang muka sebenar satu parti yang sepatutnya menjadi payung perlindungan untuk masyarakat Cina. Selepas pelbagai hal yang berlaku, masyarakat Cina sepatutnya lebih jelas tantang hal ini.

“Bekas Presiden Gerakan, Tun Lim Keng Yaik pernah berkata bahawa masyarakat Cina boleh menjadi ‘king maker’ jika bersatu.



“Namun Keng Yaik cuba betul separuh kerana beliau tidak akan dapat fikir bahawa kepentingan kaum Cina semakin berundur pada masa ini (ketika DAP mendapat sokongan padu),” katanya.

Hang Soon dipetik Sinchew Daily sebagai berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung MCA Kapar, Selangor.

Dalam pada itu, semasa merasmikan mesyuarat agung MCA Seremban, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, partinya kini tidak berada dalam tampuk pentadbiran negara tetapi juga tidak merupakan pembangkang.

Beliau berkata, dengan kedudukan itu, MCA perlu melakukan tanggungjawab dalam mengawasi dan mengimbangi.



“MCA akan menggunakan identiti sebagai duta muhibah untuk menggerakkan keharmonian kaum dan memperjuangkan pentadbiran yang seimbang,” katanya. MG

DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker