Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika jolok buah dabai

Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika jolok buah dabai

KANOWIT: Gara-gara ingin mengambil buah dabai, seorang lelaki tempatan maut terkena renjatan elektrik di Jalan Lukut, Kanowit di sini pada Jumaat.

Insiden malang yang berlaku sekitar jam 3.50 petang itu disedari orang awam sebelum membuat panggilan kecemasan.



Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik laporan diterima dari orang awam sekitar jam 3.59 petang dan segera mengerahkan anggota BBP Kanowit ke lokasi kejadian.

Mangsa Ting Siew Kiong 52 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan di sebatang pokok setinggi 35 kaki.

“Mangsa dikatakan cuba menjolok buah dabai menggunakan galah yang diperbuat daripada aluminium.

“Ketika berada di atas pokok, galah mangsa telah tersentuh kabel elektrik menyebabkan lelaki itu terkena renjatan lalu tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.



Tambah Arrahman, keadaan cuaca yang hujan renyai merupakan cabaran kepada pasukannya untuk menurunkan mangsa.

Sehubungan itu, pasukan Bomba mendapatkan bantuan pihak Sesco untuk memutuskan bekalan eletrik sebagai langkah keselamatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika jolok buah dabai




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker