Lari dari penjara Israel, 77 hari gali lubang hanya guna sudu
GAZA: Bekas banduan yang pernah ditahan di Penjara Gilboa Israel menyifatkan enam tahanan rakyat Palestin yang melarikan diri dengan menggali lubang sebagai satu ‘keajaiban’ dan menakjubkan.
Lapor Arab News, Hilal Jaradat yang pernah beberapa kali melakukan percubaan melarikan diri berkata, banduan menggelarkan penjara itu sebagai ‘Israel Guantanamo’ kerana tembok dinding yang dipasang tinggi dengan kawat berduri, kamera pengawasan dan pengawal yang memantau setiap pergerakan.
Jelasnya, tahanan di penjara itu tidak diberikan sebarang kebebasan langsung termasuk di dalam kawasan penjara kerana Israel menganggap mereka sebagai pengganas paling berbahaya.
Tahanan dituduh kononnya menjadi dalang di sebalik pembunuhan penduduk Israel.
Hilal memberitahu, prosedur yang rumit di penjara bertujuan ‘mematahkan kehendak tahanan’, namun, ramai tahanan tidak berhenti memikirkan cara untuk melarikan diri dari tempat itu.
Lelaki itu dan rakan tahanan lain pernah merancang melarikan diri dari terowong 20 meter yang digali menggunakan sudu dan kepingan besi serta kayu yang diekstrak daripada tempat tidur.
“Di belakang sinki, terdapat tandas terbengkalai dengan pintu yang ditutup secara kekal. Kami dapat membukanya dengan bantuan tahanan lain.
“Dua rakan lain menguruskan proses membuang pasir ke dalam sistem kumbahan. Kemudian, kami menutup pintu bagi menghilangkan jejak aktiviti itu. Proses itu berulang setiap hari,” jelasnya.
Hilal ditahan pada 1985 berhubung pembunuhan tiga tentera Israel dan dihukum penjara selama 99 tahun semasa dia berusia 19 tahun.
Dia menghabiskan masa selama 27 tahun dalam penjara dan dipindahkan ke Gaza sebagai pertukaran banduan antara Hamas dan Israel pada 2011.
Menurut Hilal, dia mengambil masa selama 77 hari menggali terowong sepanjang 25 meter dengan 2.5 meter kedalaman yang sepatutnya digunakan 22 banduan untuk melarikan diri.
Namun, akibat kesilapan oleh seorang banduan yang terlupa menutup lubang yang terbuka dengan kepingan kadbod menyebabkan rancangan itu terbongkar.
Pengurusan penjara terkejut selepas mengetahui kaedah penggalian terowong itu dan bagaimana 17 tan pasir berjaya dibuang.
Kira-kira 5,000 tahanan termasuk puluhan wanita dan kanak-kanak berada di penjara Israel serta ratusan menjalani hukuman penjara selama bertahun-tahun.
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU