Muka macam babi, badan seperti ikan jerung

Muka macam babi, badan seperti ikan jerung

Pegawai tentera laut terkejut apabila melihat seekor ikan yang baru dibawa naik dari laut kelihatan mukanya seperti seekor babi dan badan ikan jerung.

Lapor Mirror, ikan itu dikesan oleh lelaki tersebut ketika berada di perairan Darsena Medicea di bandar Portoferraio, Itali.



Semasa menarik ikan itu naik, mereka menyangkakan ia adalah ikan jerung dengan muka kelihatan seperti babi.

Namun, ikan itu dikenal pasti sebagai Oxynotus Centrina iaitu jerung yang sangat jarang ditemukan.

Haiwan itu juga dikenali sebagai jerung berwajah babi yang hidup di kedalaman 700 meter di bawah permukaan laut.

Ikan itu disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Mengenai Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN) sebagai terancam kerana jarang dilihat.



Walaupun jerung itu ditemukan sejak tiga minggu lalu, penemuannya menjadi tular ketika gambar haiwan laut kelihatan pelik dimuat naik dalam media sosial.

Hantaran itu menerima ratusan komen termasuk kritikan daripada netizen yang mendakwa jerung itu ditangkap dan dibunuh dengan sengaja. Utusan

Muka macam babi, badan seperti ikan jerung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker