Air mata Derrick tumpah di Doha, pengorbanan jual motosikal berbaloi

Air mata Derrick tumpah di Doha, pengorbanan jual motosikal berbaloi

Sebak! Itulah yang berlaku di Stadium Al Janoub, semalam apabila reaksi seorang penyokong Harimau Malaya yang menyaksikan perlawanan Piala Asia di venue terbabit menitiskan air mata menjadi tular di laman media sosial.

Sejurus selepas Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Malaysia mendahului Korea Selatan 2-1, jurukamera yang sempat menangkap riak wajah penyokong itu seakan menyempurnakan lagi keraian gol kedua negara itu.



Bukan sahaja ‘pemain ke-12’ negara yang berada di Qatar malah emosi sama turut dikongsi jutaan lagi penyokong negara yang menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E di tanah air yang berkesudahan dengan keputusan 3-3.

Bagaimanapun, cerita di sebalik air mata di bumi Doha itu yang menjentik emosi penyokong bola sepak negara sebenarnya lebih mengagumkan selepas penyokong itu menjadi tular.

Berdasarkan maklumat yang ketika ini menjadi topik hangat diperkatakan, penyokong dikenali sebagai Derrick Gan itu sebenarnya melakukan pengorbanan besar untuk menyaksikan perjuangan skuad negara di Piala Asia 2023.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Derrick mengambil keputusan melepaskan motosikalnya pada harga RM4,500 untuk mencari dana bagi membolehkannya terbang ke Qatar.



“Mencari dana ke Qatar! Malaysia Road to Asia! Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta..1st major tournament in Malaysia’s history!

“Ade sesiape sudi tolong x? Pape roger,” tulis Derrick menerusi akaun Facebooknya yang bertarikh 28 Disember itu.

Sehingga ke hari ini, hantaran itu ‘dikunjungi’ pelayar Internet yang tampaknya kagum dengan usaha pemuda itu yang sanggup berkorban demi skuad kebangsaan.

Ratusan komen dan tanda kongsi ditinggalkan pada hantaran terbabit dengan rata-rata memberikan rasa tabik hormat atas inisiatif Derrick itu. BH



Air mata Derrick tumpah di Doha, pengorbanan jual motosikal berbaloi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker