‘King’Myvi tersepit, Terowong Menora sesak 8km

IPOH – Laluan Terowong Menora dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Kilometer 266.5 Lebuhraya Utara Selatan sesak hampir 8 kilometer akibat nahas tiga kenderaan pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 5.11 petang itu melibatkan sebuah lori dan treler dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi

Perkongsian di media sosial memaklumkan, kenderaan Myvi tersebut tersepit antara pembahagi jalan dengan treler.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhammad Halil berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu lori tersepit dan cedera manakala mangsa lain terselamat.

“Mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada jam 6.22 petang memberitahu, lorong kiri laluan masih ditutup bagi kerja-kerja menyelamat oleh pasukan bomba.



Aliran trafik juga sesak sepanjang 7.5 kilometer. Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker