Kedai emas dirompak, pemilik rugi RM200,000

GOMBAK – Pemilik kedai emas di Simpang Tiga, Batu 6 di sini kerugian RM200,000 selepas premisnya dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian jam 6.15 petang itu, pemilik kedai emas yang merupakan wanita Indonesia berstatus pemastautin tetap berada di dalam premis berkenaan bersama ibu, anak dan adik iparnya.

Menurutnya, tiga lelaki dipercayai warga tempatan telah menyerbu masuk ke dalam premis di mana dua daripadanya masuk ke bahagian rak pameran sebelum mengambil pelbagai jenis barang kemas.

“Seorang lagi suspek menunggu di pintu masuk utama sambil memegang sebilah parang.

 

“Pemilik kedai emas yang berusia 46 tahun itu turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zainal Mohamed berkata, ketiga-tiga suspek menutup muka dengan menggunakan topi keledar dengan visor gelap.

“Suspek memakai topi keledar berwarna hitam, merah dan biru melarikan diri menggunakan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15.

“Usaha mengesan suspek telah digerakkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun,” katanya.

Kedai emas dirompak, pemilik rugi RM200,000


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Samun RM150,000, seorang warga Amerika Latin cedera ditembak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker