MB Selangor jangan buta perut abaikan pandangan rakyat

Muafakat Nasional (MN) Selangor mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor di bawah pimpinan, Datuk Seri Amirudin Shari tidak membelakangkan pandangan rakyat dan pihak berkepentingan semata-mata kerana ingin meraih keuntungan dan kepentingan politik.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Yang Dipertua Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama pada Khamis memaklumkan, perkara itu termasuk berkaitan isu nyah warta Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

“Warisan Hutan Paya Gambut negeri ini sangat bermakna dan berharga buat semua lebih-lebih lagi generasi kita yang akan datang. Menyentuh apalagi membangunkan kawasan seumpama ini mengkhianati warisan dan khazanah negeri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, MN Selangor mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor yang akhirnya bersetuju mewartakan semula HSKLU setelah menyahwartakannya secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelbagai agensi berkaitan

“Ini termasuk usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disokong oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan diluluskan sebagaimana direkodkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Ogos lalu,” ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan, integriti kerajaan Selangor juga dipertikaikan kerana sebelum telah meluluskan nyahwarta pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 5 Mei lalu.

“Pihak yang menyokong pelan pembangunan di kawasan HSKLU ini sehingga meyakinkan MB (Menteri Besar) dan kerajaan negeri meluluskannya walau dibantah rakyat perlu memikul tanggungjawab dan disiasat,” kata kenyataan berkenaan.

MB Selangor jangan buta perut abaikan pandangan rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker