Cik B Berubah Sikap “DSV Suka Rahsia, Sampai Kantoi Mesej Sayang-Sayang Dulu”- Bekas PA

Cik B Berubah Sikap “DSV Suka Rahsia, Sampai Kantoi Mesej Sayang-Sayang Dulu”- Bekas PA

BEKAS pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli meminta usahawan kosmetik itu berterus terang dengan anak-anak mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Iqbal, 27, tindakan Vida atau Hasmiza Othman merahsiakan hubungan istimewa mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan.

“DSV kena terus-terang beritahu tentang hubungan kita ini… dari awal lagi saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B!

Sejak dahulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami, jadi saya sedikit terkilan sebab dia lebih selesa berahsia… sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga,” katanya kepada mStar

Menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa lalu, jutawan berusia 49 tahun ini memberitahu dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal perkahwinan tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B.

Katanya, biarlah anak-anak mengetahui perkara ini melalui media terlebih dahulu sebelum dia menjelaskan mengenai niatnya ingin berkahwin itu

Sementara itu, Iqbal memberitahu dia dan kedua-dua anak Vida masih mempunyai hubungan yang baik dan sering berhubung bertanya khabar meskipun mereka jarang bertemu.

Iqbal bagaimanapun mendedahkan sejak kebelakangan ini, Cik B mula menunjukkan perubahan sikap dan kurang bercakap selepas gosip cinta ibunya tular di media sosial.

“Secara peribadi saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma kebelakangan ini saya nampak dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dahulu timbul gosip tentang saya dengan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga… saya risau kalau dia bosan atau tawar hati mendengar gosip ini.

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi dia tak balas. Saya dah bincang dengan DSV… katanya Cik B perlukan sedikit masa.

Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak DSV terhadap saya,” ujarnya

Ditanya mengenai majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada Disember depan, Iqbal memberitahu mereka akan berkongsi perkembangan lanjut tidak lama lagi.

“Dalam perbincangan lagi, kita dah ada beberapa tarikh pada Disember depan, semua dah dibincangkan termasuklah tema perkahwinan, lokasi dan sebagainya.

“Cumanya terlalu awal untuk berkongsi mengenai perkara itu kerana perlu selesaikan beberapa hal termasuk perlu menjaga hati pihak keluarga.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini banyak perkara yang tak boleh diselesaikan segera, jadi saya tak berani nak sahkan tarikh sebenar. DSV pun mahu satu majlis yang gah, di mana peminat juga akan diundang nanti.-mSTAR

Cik B Berubah Sikap “DSV Suka Rahsia, Sampai Kantoi Mesej Sayang-Sayang Dulu”- Bekas PA


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]

Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker