Samun RM150,000, seorang warga Amerika Latin cedera ditembak

Samun RM150,000, seorang warga Amerika Latin cedera ditembak. Seorang daripada empat warga asing yang juga suspek kes samun cedera ditembak polis dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari.

“Empat suspek dipercayai dari negara Amerika Latin itu dikejar anggota polis selepas menyamun individu di luar bank berkenaan.



“Suspek dipercayai memancitkan tayar kereta mangsa ketika mangsa sedang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM150,000 di bank terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jalil berkata, susulan itu anggota polis mengejar kenderaan dinaiki empat suspek terbabit termasuk dua wanita, dari kawasan bank hingga ke Jalan Berhala, Brickfields.

“Dalam kejadian itu, anggota melepaskan tembakan dalam usaha menghalang suspek melarikan diri, menyebabkan seorang daripada mereka cedera.

“Semua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kami berjaya merampas wang RM150,000 yang disamun suspek berkenaan,” katanya.



Samun RM150,000, seorang warga Amerika Latin cedera ditembak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO akan pertahankan semua kerusi dimenanginya – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker