Datuk 12 cucu pun masih lalok
Datuk 12 cucu pun masih lalok
Port Dickson: Dalam usia semakin ‘senja’, sepatutnya sudah berehat di rumah beribadat ambil melayan cucu tetapi malangnya masih lagi khayal menjadi hamba dadah hingga dicekup polis.
Inilah yang berlaku bila seorang warga emas berusia lebih 70 tahun antara 45 orang yang ditahan polis dalam serbuan ‘port dadah’ di ladang sawit di Pasir Panjang, awal pagi semalam.
Ketika ditanya, warga emas yang memiliki empat anak dan 12 orang cucu mengaku terbabit dengan dadah sejak sekian lama tidak menyangka akhirnya dia tertangkap dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, semua lelaki berusia antara 21 tahun hingga 70 tahun itu ditahan polis ketika Ops Sarang di ‘Port Highway’ dalam ladang sawit di kawasan Pasir Panjang.
Menurutnya, operasi bermula kira-kira 8 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam atas maklumat orang awam yang mana kawasan itu menjadi ‘sarang’ baharu penagihan dadah.
“Dalam operasi ini, polis terpaksa menggunakan pelbagai helah bagi memerangkap mereka yang datang ke kawasan ini dengan hanya menunggang motosikal.
“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua suspek cuba melarikan diri namun gagal kerana sudah dikepung kira-kira 15 anggota polis, sejak awal pagi lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, hasil serbuan ini, polis berjaya merampas sejumlah dadah antaranya heroin dan syabu.
Aidi Sham berkata, pemeriksaan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati 44 orang positif morfin dan seorang positif methamphetamine.
“Kesemua tangkapan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya. HM
Datuk 12 cucu pun masih lalok
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.