BKC lewat berikutan pertukaran Kabinet
BKC lewat berikutan pertukaran Kabinet
Agihan Bantuan Khas Covid 19 (BKC) kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sedikit lewat daripada yang dijadualkan pada Ogos berikutan perubahan kepimpinan kerajaan dan keanggota Kabinet.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejurus pembentukan Kabinet baharu tugasan utama kementeriannya adalah menyelesaikan pengagihan BKC kepada rakyat.
“Sepatutnya dijadualkan pemeberian BKC pada bulan Ogos, namun disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan jadi telewat sedikit.
“YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk lakukan segera dan tugasan penting dilakukan setelah Kabinet dibentuk untuk selesaikan BKC,” katanya ketika ditemui di Bank Simpanan Nasional (BSN) Triang, Bera pagi tadi.
Dalam pada itu, katanya, kedudukan kewangan yang baik dan stabil membolehkan kerajaan memberi bantuan yang akan diterima pada September, November dan Disember 2021.
Menurut beliau, kerajaan hari ini mengggunakan langkah konsolidasi fiskal melihat perbelanjaan dan penggunaan kewangan negara yang lebih kepada rakyat.
Dana berjumlah RM4.6 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan untuk pembayaran BKC yang memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar.
Kumpulan sasar tersebut terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan akan menerima bantuan mengikut jadual fasa yang ditetapkan.
Untuk rekod seramai 518,156 orang menerima BKC Pahang melibatkan peruntukkan sebanyak 163.33 juta mula diagihkan pada fasa pertama hari ini. MG
BKC lewat berikutan pertukaran Kabinet
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi
You must be logged in to post a comment.