Vaksin booster, Thailand rancang tempah 120j dos

Vaksin booster, Thailand rancang tempah 120j dos

Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin Covid-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, Lembaga Vaksin Kebangsaan merancang untuk membeli pelbagai jenis vaksin termasuk vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik), pada tahun depan.

Beliau berkata Institut Vaksin Kebangsaan merancang untuk memperoleh masing-masing sebanyak 50 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, vaksin mRNA dan AstraZeneca.

Katanya, ia termasuk vaksin generasi kedua yang mempunyai kemampuan untuk memberi perlindungan terhadap varian terkini dan varian lain pada masa depan, jika berjaya dibangunkan oleh mana-mana syarikat.

“Kuantiti dan bila penghantaran dibuat akan dibincangkan kemudian,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sejak program vaksinasi bermula 28 Februari lalu, Thailand telah memberikan 26.83 juta dos vaksin termasuk 8,393 dos booster untuk petugas barisan hadapan.

Berikutan kebimbangan mengenai varian Delta, pihak berkuasa kesihatan sedang melakukan kajian mengenai pemberian suntikan booster sebagai perlindungan terhadap varian Delta.

Sementara itu, Thailand melaporkan 19,014 kes baharu Covid-19 dan 233 lagi kematian, dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan jangkitan setakat Ahad sebanyak 1,049,295 dan 9,320 kematian.

Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kes baharu itu termasuk 19,004 penularan tempatan dan 10 kes import.

Bagi kes kematian terkini ia melibatkan 140 lelaki dan 93 wanita berusia antara tujuh bulan dan 101 tahun, termasuk empat warga Myanmar, masing-masing seorang warga Singapura, China dan Laos.
FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Vaksin booster, Thailand rancang tempah 120j dos

Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker