Farah Nabilah ayu berhijab

Farah Nabilah ayu berhijab

Selepas ramai selebriti wanita mengenakan hijab sempena Maal Hijrah, kini giliran pelakon terkenal, Farah Nabilah pula dilihat tampil berhijab penuh.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama Titian Cinta itu memuat naik satu video yang dilihat mengenakan tudung hitam bercorak semasa sedang mempromosi produk bayi kegunaan anakandanya, Andre Omar.



Tinjauan utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan pengikutnya melontarkan kata-kata positif buatnya sekaligus mendoakan pelakon tersebut agar terus beristiqamah ke arah perubahan tersebut.

“Subhanallah, cantiknya Farah. Moga terus istiqamah,” komen seorang peminat.

“Cantik bila kita tutup apa yang perlu ditutup, semoga istiqamah,” komen seorang lagi pengikut Instagram pelakon itu.

“Alhamdulillah, manis berhijab penuh. Makin lama makin cantik heroin Malaya ini,” tulis peminatnya di ruangan komen.



Selain itu, turut memuji Farah ialah para selebriti wanita yang sudah dipercayai berhijab penuh seperti Izara Aishah dan Mawar Rashid.

Sebelum ini, pelakon itu sering dilihat kerap mengenakan selendang apabila memuat naik hantaran gambar di entri Instagram miliknya baru-baru ini.

Farah dilihat kerap tampil berpakaian sopan dengan mengenakan baju kurung serta berselendang yang memperlihatkan dirinya bertambah ayu dan jelita.

Sekaligus, mendapat perhatian serta pujian daripada rata-rata peminatnya menerusi ruangan komen. Utusan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Farah Nabilah ayu berhijab


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker