Aku Bukan Pelarian, Sebab Aku Ni Retis – Sajat [VIDEO]

Aku Bukan Pelarian, Sebab Aku Ni Retis – Sajat [VIDEO]

Usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menegaskan dirinya bukan pelarian.

Melalui satu video yang dikongsi di laman Facebook, Nur Sajat berkata, dia kini menjalani kehidupan seperti biasa cuma enggan pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS) selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut Nur Sajat juga, keengganannya menyerah diri turut menjadi sensasi kerana dia merupakan seorang selebriti.

“Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS je.

“Sebab aku ni retis (artis), pasal itu jadi kecoh,” katanya.

VIDEO DIBAWAH:-

Terdahulu, pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pada pukul 7.30 malam, 23 Februari lalu.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995. – K! ONLINE

Sumber: Facebook Sajat Perempuan

Aku Bukan Pelarian, Sebab Aku Ni Retis – Sajat [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Susah Cari Caprice, Tangkap Sajat Dulu

[VIDEO] Adik Perempuan Sajat Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker