Ismail Sabri sebagai PM baharu banggakan rakyat Pahang
Pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia kerana Ahli Parlimen Bera itu anak jati negeri ini.
Menurutnya, melalui pelantikan itu, semua pihak diharap dapat memberi kerjasama agar Perdana Menteri baharu itu dapat menjalankan tugas dan peranannya dengan berkesan.
“Lebih-lebih lagi dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19 yang mana pada hari ini (Jumaat) mencatat rekod baharu dengan lebih 23,000 kes,” katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Wan Rosdy turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Jumaat.
Pelantikan Ismail Sabri itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Melalui kenyataan media sebelum ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al -Sultan Abdullah telah menerima jumlah majoriti yang mencukupi dari ahli Dewan Rakyat untuk melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 ahli-ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi surat akuan (statutory declaration) pada 18 Ogos lalu.
Daripada surat-surat akuan tersebut, seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri dengan jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Ismail Sabri sebagai PM baharu banggakan rakyat Pahang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa
- Kabinet PM Baru Tak Perlu Lebih Dari 10 orang Menteri Sahaja
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Biodata Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Ke-9
You must be logged in to post a comment.