Pegawai SPRM dakwa terbitan Bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion tidak diketahui oleh kabinet

Seorang pegawai penyiasat SPRM memberi keterangan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak tidak memaklumkan kabinet mengenai terbitan bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion.

Nur Aida Arifin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi mengenai perkara yang didakwa dilakukan Najib berhubung penglibatan 1MDB dalam pengambilalihan dua pengeluar tenaga bebas (IPP), Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) dan Genting Sanyen Sdn Bhd.

Saksi pendakwaan ke-49 itu memberi keterangan semasa perbicaraan hari ini terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib yang dikaitkan dengan dana RM2.27 bilion daripada 1MDB.



“Najib sebagai menteri kewangan tidak memaklumkan Kabinet berhubung pengeluaran bon AS$3.5 bilion (1MDB), sedangkan sebenarnya obligasi pinjaman sebuah MKD (syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan 1MDB) akan memberi implikasi kepada kewangan negara.

“Kementerian Kewangan tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai terbitan dua bon itu yang masing-masing bernilai AS$1.75 bilion untuk pemerolehan TEHSB dan Genting Sanyen,” kata Nur Aida kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

Berhubung bantahan oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengenai dakwaan cakap dengar (hearsay) dan keterangan pendapat, Nur Aida memberi keterangan bahawa Najib didakwa menguruskan 1MDB menggunakan pendekatan “top down”.

Saksi itu mendakwa siasatannya menunjukkan perkara ini apabila Najib menandatangani dua resolusi bertulis yang dibentangkan dalam bentuk resolusi pekeliling pengarah (DCR) yang perlu ditandatangani oleh lembaga pengarah 1MDB berhubung pemerolehan dana TEHSB dan Genting Sanyen.



Pengambilalihan IPP membentuk fasa kedua daripada empat fasa yang didakwa berlaku antara 2011 dan 2014 dan didakwa mengakibatkan berbilion ringgit diseleweng daripada 1MDB.

Bagaimanapun, disebabkan bantahan daripada Shafee atas alasan cakap dengar, Sequerah mengarahkan supaya sebahagian daripada bahagian keterangan Nur Aida mengenai bon itu digugurkan.

Sequerah juga mengarahkan pihak-pihak terlibat membuat hujahan lisan kemudian berhubung bantahan Shafee mengenai keterangan pegawai penyiasat SPRM berhubung dakwaan pendekatan “top down”.

Prosiding mahkamah terbuka akan disambung semula pada 24 Jan.



Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.

Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker