Dilema Muhyiddin – di mana Ismail mahu letak bekas PM?

Sebaran :

Dilema Muhyiddin – di mana Ismail mahu letak bekas PM?

Sejurus pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9, pastinya tumpuan selepas ini terarah kepada bekas bossnya, Muhyiddin Yassin.

Penganalisis politik, Azeem Fazwan Ahmad Farouk, berkata kedua-dua tokoh itu kini berada dalam situasi sangat janggal, selepas mengambil kira Umno mahu Muhyiddin disingkirkan, namun pada masa, bekas perdana menteri itu mengepalai jumlah Ahli Parlimen kerajaan tertinggi.

Beliau berkata, Ismail diramal berdepan kesukaran menyusun kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu, lebih-lebih lagi beliau tidak boleh berperanan sebagai orang kedua dalam pelantikan menteri kerana kedudukannya sebagai presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Azeem berkata, seandainya Ismail berhasrat melantik Muhyiddin mengisi jawatan sebagai menteri kanan dalam Jemaah Menteri, beliau dijangka berdepan kemarahan kumpulan Umno yang sebelum ini mahu Muhyiddin, ditolak.

Katanya, tambah menyulitkan keadaan, Umno dikhabarkan menamakan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon utama perdana menteri, justeru menggambarkan wujud kumpulan tertentu dalam Umno sendiri, di mana Ismail adalah naib presiden parti berkenaan.

“Jadi, membawa Muhyiddin semula dalam kerajaan pastinya menimbulkan masalah dan Ismail berdepan risiko melebarkan perbezaan dalam kumpulan tertentu dalam Umno.

“Adakah Ismail akan melantik Muhyiddin sebagai menteri kanan atau menteri mentor? Kita kena ingat peranan menteri mentor tidak pernah diwujudkan dalam budaya politik Malaysia, berbanding di Singapura.

“Inilah antara dilema yang akan dihadapi perdana menteri baharu,” katanya yang juga pengarah pusat kajian antarabangsa dan penyelidikan dasar Universiti Sains Malaysia kepada FMT.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azeem berkata, Ismail juga dijangka berdepan pergelutan kuasa dengan beliau sebagai perdana menteri, membabitkan PN yang mempunyai 51 Ahli Parlimen, manakala Barisan Nasional dengan 41 Ahli Parlimen dengan Umno mewakili 38 Ahli Parlimen dalam perikatan itu.

Katanya, Ahli Parlimen Bera mungkin berjaya dalam usul undi percaya di Parlimen susulan sokongan 114 Ahli Parlimen, bagaimanapun dalam tempoh beberapa bulan akan datang beliau juga terpaksa berdepan cabaran kerana mengetuai pentadbiran bersama undi majoriti tipis.

“Ketika Umno kembali berkuasa, imbangan kuasa tidak seperti sebelum 2018. Jadi, persoalan sebenar timbul, adakah kerajaan ini mempunyai keteguhan dalam berkuasa? soalnya.

“Untuk mengatasi isu berkenaan, PM perlu banyak melakukan perundingan dan tolak ansur kerana tidak dapat dipastikan adakah Umno menjadi halangan kerana kekurangan jumlah di Parlimen.

“Atau adakah kita sedang melihat susunan kad berupa rumah, dengan sedikit angin maka kad itu bertebaran runtuh,” katanya. FMT

Dilema Muhyiddin – di mana Ismail mahu letak bekas PM?

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan


Sebaran :

Leave a Reply