MKT UMNO bincang sokongan bersyarat PN malam ini

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan diadakan di Menara Dato’ Onn pada 8.30 malam Sabtu (malam ini) membincangkan sokongan bersyarat yang dikemukakan oleh Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah pembentukan barisan Kabinet baharu termasuk calon Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu sumber yang enggan dinamakan, mesyuarat MKT itu akan mengadakan pada malam Sabtu dan akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



“Saya difahamkan mesyuarat ini untuk memberi pandangan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baru. Paling penting perkara yang akan ditekankan ialah ‘No PN 2.0’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemimpin terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai ‘No PN 2.0’ yang akan dibincangkan itu.

Dalam pada itu, ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengesahkan mesyuarat yang akan diadakan itu namun tidak mengetahui agenda yang akan dibawa.

“Mesyuarat ini akan diadakan secara fizikal. Saya dapat jemputan mesyuarat MKT tetapi saya tidak tahu apa yang nak dibincangkan. Dalam notis tidak ada sebarang agenda,” kata Ahli Parlimen Jelebu itu.



Pada Khamis, Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat.

Sokongan itu diberikan oleh 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 Pas dan satu daripada STAR termasuk empat bebas.

PN mensyaratkan Ismail Sabri perlu memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

 




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tujuh pesanan Ahmad Maslan kepada Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker