Zahid jumpa Najib di penjara, komited bela bekas PM

Zahid jumpa Najib di penjara, komited bela bekas PM

Presiden Umno Zahid Hamidi mendedahkan beliau bertemu Najib Razak di Penjara Kajang, baru-baru ini, untuk menyatakan komitmen Umno dalam memperjuangkan pembebasan bekas perdana menteri itu.

Katanya, beliau meluangkan masa hampir dua jam bersama Najib, dengan ditemani ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau turut membawa semua makanan kegemaran Najib dan sempat menikmatinya bersama.

“Kami sempat makan tengah hari bersama. Selepas setengah jam kami berjumpa, saya berjumpa empat mata pula dengan Najib selama 1 jam 30 minit,” katanya ketika menggulung perhimpunan agung Umno 2023 petang tadi.

“Tak perlulah saya ulas apa yang dibincangkan tetapi (saya nyatakan) mandat dari bahagian. MKT tetap komited untuk membela Najib mendapat keadilan sewajarnya,” tambah Zahid yang disambut laungan “Bossku” oleh perwakilan.

Zahid turut mendedahkan, Najib sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dari penjara. FMT

Zahid jumpa Najib di penjara, komited bela bekas PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker