Uqasha Senrose Barbie Malaysia

Uqasha Senrose Barbie Malaysia

Umum tahu pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Uqasha Senrose memiliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya.

Terbaharu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu meraih perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajahnya disolek persis anak patung.



Disolek dengan konsep patung popular. Barbie, ternyata tatarias tersebut membawa satu perubahan yang menarik pada wajah pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu.

“Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback (imbau kembali) saja,” tulis tunang kepada aktor Kamal Adli itu.

Difahamkan, solekan tersebut merupakan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa untuk sebuah kempen promosi sebuah produk kecantikan tempatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya memuji kecantikan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu.



“Inilah anak patung Barbie Malaysia,” tulis seorang peminatnya.

“Awak ini memang anak patung hiduplah,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Bukan hanya peminat, beberapa rakan selebriti seperi Azza Elite, Linda Rafar, Salina Saibi dan Adeline Tsen turut meluahkan komen serupa bahawa Uqasha sememangnya secantik Barbie. K Online

Uqasha Senrose Barbie Malaysia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker