Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan

Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan, kata penganalisis

Sebarang angka yang digembar-gemburkan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri tidak memberi sebarang makna di luar Parlimen, menurut penganalisis politik.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, bahkan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Muhyiddin Yassin dipersoalkan.

Katanya, angka yang dilaporkan baru-baru ini adalah lebih rendah, iaitu 30 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Perdana Menteri melalui akuan berkanun (SD).

Walaupun begitu, katanya kepada FMT, akuan berkanun dapat berubah dalam masa sehari, yang bermaksud jumlah tersebut akan terus berubah.

“Jadi kita tak dapat peroleh angka muktamad berapa orang Ahli Parlimen yang masih menyokong Muhyiddin,” katanya.

Angka yang disebut selain undi Parlimen tiada sebarang makna, tambahnya.

“Mereka boleh menentang (Muhyiddin) secara terbuka atau buat demonstrasi jalanan, tetapi pokoknya, ia perlu dibuktikan di Dewan Rakyat. Tiada cara lain,” katanya, merujuk kepada Anwar Ibrahim yang berulang kali mendakwa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti.

Jeniri berkata, sukar dipastikan siapa yang tidak lagi menyokong Muhyiddin, memandangkan wujud perpecahan antara puak-puak dalam Umno.

Ini hanya dapat diselesaikan melalui undi tidak percaya di Parlimen, tambahnya.

“Jika tidak, mereka akan terus bercakap. Maksud saya, kita sudah bercakap tentang hal ini (Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin) sejak sekian lama,” katanya.

BN mempunyai 42 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat – 38 daripada Umno, dua daripada MCA, dan masing-masing satu daripada MIC dan PBRS.

Walaupun Ismail berkata 40 Ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin, ketua Umno Kelantan dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, mengulangi desakan agar Perdana Menteri meletak jawatan.

Desakan sama turut dibuat Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini meninggalkan hanya 38 Ahli Parlimen BN yang menyokong Muhyiddin.

Bagaimanapun, sumber parti memberitahu FMT semalam, hanya 19 Ahli Parlimen BN hadir pada pertemuan dengan Ismail, bukannya 40, dan beberapa Ahli Parlimen mungkin menjauhkan diri daripada Muhyiddin setelah hubungan Perdana Menteri dengan Istana Negara menjadi tegang.

Seorang penganalisis lain, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata kaitan Ismail dengan Muhyiddin, setelah beliau menerima lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, mencemarkan kredibiliti politik Ismail.

Katanya, sama ada ahli Umno akan menyokong Ismail atau tidak akan bergantung kepada jenis “sumber politik dan lain-lain” yang akan diedarkan di peringkat akar umbi. FMT

Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker