Pembangkang kebal COVID-19, gila sengaja cari nahas

Pembangkang kebal COVID-19, gila sengaja cari nahas. Tanpa memikirkan kesan, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang seperti mencari nahas berkumpul secara beramai-ramai di bangunan Parlimen pagi tadi tanpa penjarakan sosial.

Walhal, mereka pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada rakyat, bukannya berkelakuan buruk semata-mata kerana kuasa dan kepentingan politik.

Di kala ini, rakyat mahu hidup bebas dari cengkaman wabak COVID-19, tetapi dengan perlanggaran SOP oleh pemimpin pembangkang, pastinya akan tercetus kluster baharu atau jangkitan yang tidak diingini.

Atas sebab itu, Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat.

Ini penting bagi memastikan tiada ‘double standard’ denda kepada ahli politik dan rakyat biasa seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini, katanya.

Beliau menegaskan, tindakan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka pagi tadi bukan sahaja melanggar undang-undang negara, bahkan turut membahayakan kesihatan mereka dan orang ramai.

“Walaupun majoriti mereka telah mendapat dua dos vaksin, namun ia tidak sedikitpun menghalalkan perbuatan tersebut, apatah lagi statistik menunjukkan 100 orang Ahli Parlimen negara tergolong dalam golongan berisiko tinggi (berusia lebih 60 tahun).

“Apatah lagi setelah dua orang Ahli Parlimen telah positif COVID-19 sebelum ini (enam Ahli Parlimen kontak rapat) dan kemudian 13 orang kakitangan Parlimen pula dijangkiti COVID-19 (58 orang kakitangan Parlimen kontak rapat) Jumaat lalu,” katanya.

Bercakap kepada Ismaweb.net hari ini, Lukman mengakui meskipun peratusannya masih rendah, namun kesihatan dan nyawa Ahli Parlimen negara sudah tentu tidak sama nilainya dengan rakyat biasa.

Lebih-lebih lagi dari segi nilaian kestabilan politik dunia, kerana itulah tindakan menangguhkan Dewan Rakyat diambil, katanya.

“Amat malang, apabila mereka sendiri pula yang mencari nahas dan berkumpul secara beramai-ramai di tempat terbuka tanpa penjarakan sosial yang konsisten.

“Perhimpunan ini seakan lakonan semula demonstrasi lawan yang berlaku di bandaraya beberapa hari lepas,” katanya.

Terdahulu, puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk yang mendesak Perdana Menteri dan anggota Kabinet meletakkan jawatan.

Sepanjang perarakan, laungan ‘Daulat Tuanku’, ‘undur Muhyiddin’, ‘Perdana Menteri pengecut’ dilaungkan.

Pembangkang kebal COVID-19, gila sengaja cari nahas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MP pembangkang pentingkan kuasa melebihi nyawa rakyat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker