Vaksin Charm Pfizer dijual RM680

Vaksin Charm Pfizer dijual RM680

Seorang peniaga emas menjadikan jenama vaksinasi yang diguna pakai di negara ini sebagai ‘Charm’ gelang emas untuk dijual kepada pelanggan.

Idea kreatif peniaga emas berkenaan mendapat pujian dan sambutan dalam kalangan penggemar barang kemas di media sosial.



Rata-rata pengguna dalam kalangan wanita menunjukkan minat untuk menempah ‘Charm’ tersebut untuk dijadikan koleksi dan mengingatkan mereka mengenai wabak Covid-19.

‘Charm’ emas yang berbentuk seperti botol vaksin itu difahamkan mempunyai tiga jenis dan pelanggan bebas memilih jenama vaksinasi yang dikehendaki.

Peniaga emas berkenaan, Cik Puan Nedy Zhara menerusi media sosial Facebook berkata, mereka yang berminat boleh menempah ‘Charm’ tersebut dan dijangka siap pada 17 Ogos ini.

“Charm tersebut mempunyai anggaran berat bermula 1.9 gram hingga 2.5 gram.



“Sementara harga pula, bermula dari RM530 hingga RM680. Ia tidak termasuk penghantaran. Deposit akan dikenakan sebanyak RM50,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Facebook turut menyambut baik cadangan peniaga emas terbabit.

Salah seorang pengguna Facebook, Normala Rahmat berkata, idea peniaga emas terbabit yang menjadikan botol vaksinasi sebagai ‘Charm’ adalah menarik perhatian.

“Menarik jugak..tak lama lagi mesti ade design (rekaan) jarum plak,” katanya.



Sementara itu, Nur Mya berseloroh, individu yang ingin membeli ‘charm’ tersebut harus memilih berdasarkan suntikan yang diterima mereka.

“Mesti lepas ini ramai mahu Sinovac dan AstraZeneca pula,” ujarnya.

Hantaran tersebut telah menerima lebih 212 komen dan telah dikongsi lebih 35 kali selain menerima 355 reaksi.

Kosmo! Online difahamkan tempahan charm itu sudah ditutup disebabkan tempahan yang terlalu ramai. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Vaksin Charm Pfizer dijual RM680


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker