Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer

Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pencuci mulut yang agak unik. Ia menggunakan 2 bahan ringkas sahaja ia iaitu aiskrim bersama roti putih sahaja. Aiskrim goreng ini jarang dijual dipasaraya sebaliknya anda boleh mencarinya direstoran mamak! Keenakannya terasa apabila roti panas yang digoreng mempunyai inti aiskrim yang sejuk, manis dan berlemak digigit hingga meleleh keluar intinya. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yanh digunakan.

Bahan-bahan

Roti putih
Aiskrim (apa-apa perisa )

Kaedah

Ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim secukupnya di tengah-tengah roti.

Kemudian ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.

Ambil cawan plastik dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Pastikan roti ditekap dengan kuat. Jika ada lubang dekat tepi roti, tekan supaya roti tertutup dengan kemas bagi memastikan aiskrim tidak terkeluar sewaktu digoreng nanti.

Dah siap tekap roti, letakkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku dan biarkan paling kurang 1 jam.

Untuk menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan roti aiskrim yang dibekukan tadi.

Goreng sekejap sahaja anggaran 5 saat sahaja.
Hidang segera!

Hidangan ini boleh dibuat awal dan simpan di dalam peti ais beku, gunakan aiskrim mahal untuk mendapatkan rasa yang lebih premium. Aiskrim ini perlu digoreng sebentar sahaja, hanya untuk mendapatkan warna garingnya. Gigitan pertama pasti menambat rasa kerana keasyikannya. Hidangkan untuk tetamu anda dan terimalah pujian atas keenakannya. Selamat mencuba!

Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Bubur Cha-Cha Lazat Sungguh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker