Kejar wanita ‘tunjuk’ kemaluan, Lelaki penjara 14 hari

Kejar wanita ‘tunjuk’ kemaluan, Lelaki penjara 14 hari.  Gara-gara menunjukkan kemaluan pada seorang wanita dan mengejarnya, seorang pekerja besi buruk dihukum penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Premkumar, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Julai lalu.



Mengikut pertuduhan, tertuduh itu didapati mendatangkan kegusaran kepada seorang wanita berusia 30 tahun dengan membuka seluar, menunjukkan kemaluan dan mengejar wanita tersebut.

Kesalahan dilakukan di sebuah jalan di Pusat Bandar Puchong di sini pada pukul 1 tengahari pada 27 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan kesalahan memgikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mampu membayar denda.



Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa bersama seorang lagi individu sedang berniaga di tepi jalan, didatangi tertuduh dalam keadaan mabuk sambil meminta wang.

Selepas mendapati mangsa tidak mengendahkannya, tertuduh kemudian bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa.

Mangsa yang takut telah melarikan diri namun dikejar tertuduh. Nasib mangsa baik apabila pada masa sama berjaya meminta bantuan daripada dua anggota polis yang ketika itu melakukan rond



Kejar wanita ‘tunjuk’ kemaluan, Lelaki penjara 14 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker