TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur

TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur, kata ahli akademik

Timbalan Perdana Menteri tidak mengambil alih pentadbiran secara automatik jika Perdana Menteri meletak jawatan, menurut seorang ahli akademik.

Profesor komunikasi politik, Syed Arabi Idid berkata, peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri perlu disertai keseluruhan Jemaah Menterinya.



“Jawatan berkenaan tidak boleh secara automatik disandang orang lain, termasuk timbalannya,” kata Syed Arabi.

Beliau mencadangkan penggunaan “model Perak” dalam mengganti ketua kerajaan, merujuk kepada peristiwa akhir tahun lalu yang menyaksikan Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu, Menteri Besar ketika itu, digulingkan melalui usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 Ahli DUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan 1 undi rosak.

Ketua Umno Perak Saarani Mohamad, yang juga ADUN Kota Tampan, dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Nazrin Shah setelah ADUN PAS dan Bersatu menyatakan sokongan mereka dengan menyampaikan akuan berkanun kepada baginda.



Syed Arabi berkata, model Perak juga boleh berfungsi di peringkat persekutuan, tetapi tanpa penggunaan akuan berkanun.

Beliau mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong meminta para pemimpin parti politik menamakan calon pilihan mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

“Ini tidak perlu melibatkan akuan berkanun individu kerana Ahli Parlimen diketahui (mempunyai sikap) melompat, dan ini menyulitkan keadaan.

“Namun, Agong boleh memanggil semua pemimpin politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Biarkan mereka menyatakan pilihan mereka dan berdasarkan majoriti, Perdana Menteri baharu boleh dilantik,” katanya kepada FMT.



Pakar perlembagaan Bastian Pius Vendargon berkata, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan apabila Perdana Menteri meletak jawatan, seluruh Jemaah Menterinya perlu berundur sekali.

Bagaimanapun, jika Perdana Menteri enggan berundur setelah kalah undi percaya di Dewan Rakyat, tindakan ini bercanggah dengan perlembagaan.

Jika ini berlaku, Agong boleh menitahkan Muhyiddin mengundurkan diri atau menyingkirkannya, kata Vendargon.

“Agong boleh melantik seseorang yang dianggap baginda memiliki majoriti di Dewan Rakyat,” katanya. FMT



TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker