Agong dukacita: Ketua pembangkang tuntut PM letak jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat.

“Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin melanggar Perlembagaan menghina instusi raja Perlembagaan termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri mengelirukan Dewan.

“Oleh yang demikian, kita menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” ujarnya hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Istana Negara Kecewa dengan Kenyataan Kerajaan Di Dewan Rakyat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker