Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong

Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong

Dewan Rakyat kecoh dengan laungan derhaka dan gesaan supaya Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas Yang di-Pertuan Agong mendedahkan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan baginda.

Kejadian itu berlaku ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) membaca kenyataan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata, ini menunjukkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan tidak menghormati institusi diraja.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan bertindak mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kita bukan sahaja mencapai tahap krisis, tetapi juga derhaka dan penipuan Parlimen,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong mempunyai kuasa untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Katanya, Agong menzahirkan rasa amat dukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat tidak dikemukakan untuk mendapat perkenan baginda.

“Beliau (Muhyiddin) tidak bercakap benar. Kami memita beliau meletak jawatan.”

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Dalam satu kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B) yang dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan Darurat terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Istana Negara memaklumkan, baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. FMT

Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker