409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525

409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525

Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) polis akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Feb tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).



“Untuk (elaun) ini, (UTK) adalah satu unit elit yang bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.

“Jadi JPA membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Feb tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa polis bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam.

Turut hadir Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Terdahulu, Saifuddin menerusi Facebook rasminya memaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluluskan pemberian elaun itu kepada anggota dan pegawai UTK semalam.



Sementara itu, Saifuddin berkata cuti kira-kira 90% daripada 130,000 anggota dan pegawai polis di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan pada musim perayaan ini.

Bagaimanapun, anggota dan pegawai yang bertugas akan dibenarkan bercuti secara bergilir-gilir dengan mereka yang telah bercuti ketika Aidilfitri.

Saifuddin berkata meskipun ketika musim perayaan, penugasan polis dalam semua aspek amat penting dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi tanggungjawab menjaga keselamatan, mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.

“Semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan ini manakala elemen keselamatan lain juga diberi tumpuan kerana kebanyakan penduduk balik ke kampung dan meninggalkan kediaman atau premis perniagaan mereka,” katanya. FMT



409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker