Samun berparang di hotel bajet, 2 ahli ‘Geng Stallone’ ditahan

Samun berparang di hotel bajet, 2 ahli ‘Geng Stallone’ ditahan

Dua lelaki dipercayai ahli “Geng Stallone” ditahan kerana disyaki terbabit kes samun berparang di sebuah hotel bajet di Sungai Jarom, Kuala Langat Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata dua suspek berusia 30-an ditahan di sekitar Klang kira-kira 2.30 petang Khamis lalu.



Katanya, mereka ditahan susulan laporan polis dibuat pekerja hotel berusia 19 tahun mendakwa disamun dua lelaki bersenjatakan parang pada 15 Jun lalu.

“Mangsa mengalami kerugian melibatkan sebuah telefon bimbit,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah itu aktif melakukan kegiatan jenayah sejak lima bulan lalu.

Katanya, mereka kini direman lima hari untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



Menurutnya, polis merampas dua telefon bimbit dan sebilah parang berhulu hijau dipercayai digunakan suspek dalam serbuan minggu lalu. FMT

Samun berparang di hotel bajet, 2 ahli ‘Geng Stallone’ ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker