Budak perempuan ditemui mati dengan kesan jerut, ibu direman

Budak perempuan ditemui mati dengan kesan jerut, ibu direman

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, Johor.

Dalam kejadian 4.55 petang semalam, mangsa ditemui dengan kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut di bahagian leher.



Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan lain pada badan mangsa.

“Keterangan saksi sudah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataan tidak konsisten daripada saksi dengan kenyataan suspek.



“Majistret Batu Pahat membenarkan suspek direman tujuh hari hingga 21 Julai ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Budak perempuan ditemui mati dengan kesan jerut, ibu direman




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker