Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula

Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula

Membuat keputusan menarik diri dari media sosial, usahawan kontroversi, Aliff Syukri kali ini secara tiba-tiba memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Selepas empat hari berdiam diri dari dunia maya, Aliff dilihat menari dengan sebatang mop dalam video teaser lagu terbaharunya, Baby Sayang.



Tindakannya menari bersama alat peralatan rumah itu dipercayai untuk memerli pihak yang mengecam dirinya bersama Baby Shima sebelum ini.

Ok kalau mcm ni ok tak??

Dalam pada itu, beberapa jam sebelum ini, Aliff membuat entri di Instagram Story memberitahu ingin menjual akaun Instagramnya dengan harga RM500,000.

Perbuatan usahawan itu menerima kecaman hebat daripada warganet yang menyifatkan Aliff sebagai seorang yang dahagakan perhatian dan menyifatkan tindakannya sebelum ini hanyalah satu ‘propa’.



Sebelum ini, Aliff Syukri pernah mendakwa bahawa dirinya mempunyai masalah mental tahap dua dan ingin berhenti menggunakan media sosial atas sebab kesihatan. Bn

Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis



Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker