Dato Vida Puas Hati Dapat Bil, Minta Peniaga Viral Tukar Nama Restoran Siakap Seribu [VIDEO]

Dato Vida Puas Hati Dapat Bil, Minta Peniaga Viral Tukar Nama Restoran Siakap Seribu [VIDEO]

PUAS hati dan berbaloi! itu kata Datu Seri Vida selepas menjamu selera di restoran viral ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik.

“Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap
seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih.

Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan.

Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu viral itu.

“Selepas itu itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap.

“Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar.

“Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, mStar melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70-mSTAR

Dato Vida Puas Hati Dapat Bil, Minta Peniaga Viral Tukar Nama Restoran Siakap Seribu [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker