#PRNMelaka : Akhirnya Hadi Awang serlahkan kritikan terbuka terhadap Barisan Nasional

Oleh Wahida

Di dalam rancak berkempen, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional sentiasa diingatkan agar tidak lantang mengkritik PAS secara terbuka walaupun parti itu telah menolak tawaran UMNO untuk bekerjasama di pilihanraya Melaka 2021. Sebaliknya PAS sanggup memilih untuk tidak menggunakan logo mereka hanya untuk bersama-sama Perikatan Nasional.

Pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO sangat berlapang dada apabila PAS enggan bekerjasama dan meneruskan untuk bertanding solo. Malahan, UMNO istiqamah dengan kehendak akar umbi dan keputusan MKT dan PAU untuk tidak bekerjasama dengan PPBM, DAP dan PKR. Apakah PAS sukar untuk faham?



Jika dacingnya lama, tetapi tuan punya dacing sentiasa berganti-ganti dan dacing ini sentiasa digilap dan diperbaiki dengan pembaharuan oleh akar umbinya.

Apabila kopiah yang dipakai, tuan punya badan tidak diganti-ganti sehingga dia uzur, kopiah dan tuanya juga bakal lusuh dan tidak mustahil akan hilang terus.

Dalam berkata-kata mengenai kerjasama, Hadi Awang perlu diingatkan juga sejarah politik PAS. UMNO dari sejak diwujudkan, tidak pernah bekerjasama dengan DAP tetapi PAS pernah menghalalkan parti kafir harbi ini. UMNO tidak pernah bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PKR yang terlibat dengan amalan seks songsang yang dilaknati Allah, tetapi PAS pernah memberi sanjungan kepada beliau dan kini masih bekerjasama dengan pemimpin yang berada di dalam PPBM yang terlibat.

Jika kerjasama PPBM dan UMNO masih diidamkan PAS dengan alasan perpaduan ummahnya, apakah Hadi Awang tidak tahu kewujudan PPBM oleh Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menghapuskan UMNO? Apakah Hadi Awang juga bersetuju untuk menghapuskan UMNO? Jika kerjasama yang dijadikan alasan, adalah lebih mulia jika PAS menjalinkan kerjasama dengan Amanah terlebih dahulu. Tunjukkanlah tauladan yang lebih baik kepada UMNO untuk diikuti.



Tawaran baharu telah pun bermula dengan ‘scheme of things’ dari Muhyiddin. Hadi Awang mungkin takut perkatakannya dan ketika PAS sedang bekerjasama dengan PPBM, ‘scheme of things’ memang sedang rancak berlaku.

Walaubagaimanapun, rakyat Melaka masih ternanti-nanti manifesto dari PN dengan tawaran-tawaran baharunya. Namun, apakah PN juga akan ikut langkah PH tidak berani mengguna perkataan manifesto tetapi diganti nama lain? Siapa yang akan lupa, pencipta manifesto PH di PRU14, kini berada bersama-sama PAS?

Oleh kerana Hadi Awang secara terbuka mengkritik dacing yang melambangkan BN, maka janganlah tersinggung apabila segala kekotoran PAS didedahkan secara terbuka nanti. Melata dulang paku serpih, seronok mengata orang tapi awak yang lebih.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker