Cipta rekod berdiri di atas belon udara panas [VIDEO]

PARIS – Seorang lelaki Perancis yang terkenal melakukan aksi-aksi berbahaya berjaya mencipta rekod dunia apabila dia berdiri di atas belon udara panas pada ketinggian lebih 4,000 meter di negara tersebut pada Rabu lalu.

Lelaki tersebut, Remi Ouvrard, 28, melakukan aksi berbahaya itu di Chatellerault, barat Perancis.

Dia juga berdiri di atas belon itu yang sedang dikendalikan oleh bapanya sendiri, Jean-Daniel.

Ouvrard berdiri di atas belon itu pada ketinggian 4,016 meter.

Ia sekali gus memecahkan rekod ketinggian yang dibuatnya sendiri melalui kaedah sama iaitu setinggi 1,217 meter sebelum ini.

Dia melakukan aksi tersebut untuk acara amal, Teleton Perancis.

Tujuan teleton itu diadakan adalah untuk mendapatkan sumbangan wang untuk penyelidikan penyakit genetik neuromuskular. – Agensi

Cipta rekod berdiri di atas belon udara panas [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker