Universiti awam dikompaun RM25,000 anjur konsert tanpa kebenaran

Universiti awam dikompaun RM25,000 anjur konsert tanpa kebenaran

KUALA NERUS: Sebuah Universiti Awam (UA) di negeri ini dikompaun RM25,000 kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, berkata notis kompaun diserahkan kepada pengurusan UA berkenaan minggu lalu.

Katanya, UA terbabit dikenakan tindakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.

“Pengurusan UA terbabit diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal berbuat demikian,” katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan menjala sotong anjuran MBKT dan Koperasi MBKT (KOSMAT) di Pantai Batu Rakit, di sini, semalam.

Isnin lalu, tular rakaman video sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang menari pada sebuah konsert anjuran sebuah UA.

Difahamkan, UA berkenaan juga akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, pengurusan UA berkenaan mengadakan konsert tanpa kebenaran dan siasatan turut mendapati tiada permohonan permit dikemukakan. BH

Universiti awam dikompaun RM25,000 anjur konsert tanpa kebenaran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker