Mas Ermieyati dilabel pengkhianat

MELAKA – Walaupun diilabel ‘pengkhianat’, ia tidak pernah melunturkan semangat Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk terus menabur khidmat di kawasannya.

Malah, beliau tekad meneruskan tugas diamanahkan parti untuk menyumbang satu kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) meskipun persepsi negatif terhadapnya itu sudah bertapak sejak tiga tahun lepas.

“Sentimen pengkhianat ini sejak dahulu lagi, bukan hanya sekarang. Apapun label atau gelaran yang diberikan kepada saya sejak tiga tahun lepas,

“Saya tetap memberikan bantuan sekiranya diperlukan walaupun hanya sehelai kertas surat sokongan,” katanya kepada Bernama di sini.

Mas Ermieyati menyerahkan nasibnya kali ini kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara untuk menilai rekod prestasi dan hasil kerjanya

Beliau juga tidak pernah peduli dengan label yang dilemparkan, malah lebih suka berdiam diri daripada menjawab tohmahan

“Tapi kalau ada pemimpin tertentu melabelkan saya pengkhianat, terserah kepada rakyat untuk menilainya, mereka telah matang dan bijaksana.

“Adakah cukup dengan label gelaran pengkhianat itu untuk menidakkan perkhidmatan saya ataupun komitmen saya terhadap warga Tanjung Bidara?,” soal beliau.

Mas Ermieyati dilabel pengkhianat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau ada wahyu dari langit, mungkin MN wujud semula: Veteran UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker