JDT ke Final Piala Malaysia selepas ‘ayam-ayamkan’ Perak 8-1

PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) disifatkan dalam kelas tersendiri apabila mara ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Perak FC dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis.

Malah, pengendali JDT, Esteban Solari memuji persembahan pemain-pemain yang sentiasa memberikan komitmen 100 peratus sepanjang permainan sebagai satu pasukan.

“Ya, kami konsisten dan baik sepanjang 90 minit permainan apabila tidak pernah menganggap menentang Perak satu perlawanan mudah. Cuma saya agak kecewa apabila pasukan lawan berjaya menjaringkan gol pada minit akhir.



“Apa pun kami beraksi dengan baik sebaik wisel permulaan dengan memberikan tekanan, tidak menyerah kalah, sentiasa berlari, menyerang dan tidak hilang bola dengan sewenang-wenangnya.

“Namun masih terdapat kelemahan yang perlu kami perbaiki terutamanya dari segi set pieces,” katanya selepas perlawanan.

JDT sebelum itu melangkah ke pentas final Piala Malaysia ke keempat berturut-turut setelah berpesta gol menewaskan Perak FC 8-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua.

Gol Harimau Selatan dijelmakan Arif Aiman Hanapi (m-12), Bergson Da Silva (m-27, m-60), Heberty Fernandes (m-31, m-90′ 1), Fernando Forestieri (m-52), Syafiq Ahmad (m-62, m-77) manakala jaringan saguhati Perak dihasilkan Firdaus Fuad (m-90 2).



Keputusan itu menyaksikan JDT mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 12-2 selepas menang 4-1 pada aksi separuh akhir pertama di Ipoh, 19 Oktober lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker