Menteri dakwa Kerajaan Perpaduan terima sokongan kuat dan menyakinkan

Tiada keperluan untuk kerajaan perpaduan menawarkan projek kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan seperti didakwa dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil berkata sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan ketika ini cukup baik dengan adanya 149 Ahli Parlimen.

“Malah, perdana menteri telah jelaskan di Parlimen beliau langsung tidak bertemu dua Ahli Parlimen PN yang umum sokongan kepada beliau baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama dan RTM.



Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ku Abd Rahman Ku Ismail mendakwa ditawarkan projek di kawasan Parlimen mereka sebagai imbuhan sokongan terhadap kerajaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin hari ini dilaporkan berkata, gabungan itu sedang mengumpul bukti berhubung dakwaan ugutan diterima Ahli Parlimen pembangkang menyokong kerajaan perpaduan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail turut senada sokongan terhadap kerajaan perpaduan kini di tahap sangat meyakinkan, buktinya ketika Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat dasar diluluskan di Dewan Rakyat semalam.

“Jadi, kalau ada umpamanya keadaan beberapa Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan (kepada kerajaan), bagi kami, kami mengalu-alukan. Tapi nak mengatakan sokongan itu hasil daripada mereka diugut, kami menafikan, itu bukan kerja kita,” katanya menurut Bernama selepas Majlis Penyerahan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Kulim, Kedah.



Saifuddin yang juga menteri dalam negeri berkata, jika PN sedang mengumpul bukti, ia tidak patut membuat tohmahan tanpa bukti sahih.

“Jadi, di pihak kerajaan seperti disebut perdana menteri, seperti disebut juga oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki dan di pihak Kementerian Dalam Negeri, pasukan polis sendiri pun tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan itu.

“Jadi, bola sebenarnya di gelanggang Hamzah dan PN untuk mendatangkan bukti…di pihak kerajaan, kita bergerak macam biasa, tidak ada sebarang masalah dari sudut tahap sokongan yang sekarang di kedudukan sangat meyakinkan.”

Katanya, tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan sokongan kepada Anwar bukan kerana diugut dan beliau mengalu-alukan mana-mana Ahli Parlimen PN menyuarakan sokongan kepada kerajaan perpaduan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker