Tindakan 12 menteri membelakangkan institusi Perdana Menteri – Ismail Sabri

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan 12 menteri yang mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini menjejaskan keharmonian dalam Kabinet.

Ismail Sabri berkata, tindakan menteri-menteri berkenaan jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang diperkenan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Oleh itu beliau menjelaskan, pembubaran Parlimen dilakukan bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

“Merujuk kepada kenyataan media Istana Negara bertarikh 10 Oktober 2022 yang menyatakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.

“Seperti yang saya jelaskan dalam Perutusan Khas semalam (Isnin), pembubaran Parlimen ke-14 ini adalah untuk menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap dengan memulangkan semula mandat kepada rakyat.

“Keputusan ini juga adalah rentetan terhadap perkembangan politik semasa tanah air di mana 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, 12 menteri daripada Perikanan Nasional (PN) telah menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda untuk menyatakan pendirian mereka tidak bersetuju sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, terdapat segelintir Jemaah Menteri yang turut membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan dan dasar kerajaan.

Justeru beliau menyelar tindakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan musuh utama gabungan itu adalah BN.

Tindakan itu katanya telah mengundang bibit perpecahan sedangkan PN turut menganggotai kerajaan.

“Muhyiddin juga selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), pernah membuat kenyataan yang menyarankan agar Parlimen dibubarkan kerana mendakwa kerajaan gagal dalam menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.

“Kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia.

“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker